Tentang Kami
Gamat Emas Sdn. Bhd. (GESB), merupakan sebuah syarikat 100% milik penuh bumiputera dan telah ditubuhkan pada 30 September 1999.
Kami telah menyumbang satu perniagaan yang memberi khidmat bukan sahaja terhadap kesihatan pengguna bahkan, mewujudkan peluang mendapatkan pulangan lumayan bagi individu yang berminat untuk menceburi perniagaan pemasaran berangkaian di pasaran tempatan.
Di atas usaha-usaha GESB ini, pada tahun 2014, GESB telah menerima anugerah Enterprise 50 SME Corporation diikuti dengan penyertaan dalam Program Teras di bawah naungan Teraju pada tahun 2015. Kedua-dua anugerah tersebut telah memberi sinar kegemilangan dalam lakaran sejarah GESB.
Gamat eMas Sdn. Bhd. kini telah berjaya meluaskan pasarannya ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Kini, GESB telah melebarkan pasaran luar negara terutamanya di rantau ASEAN seperti Thailand, Singapura, Brunei Darussalam dan Indonesia.
-
VISI
"Aspirasi Khazanah Alam"
-
MISI
- Membina kesejahteraan sejagat dan masyarakat sihat.
- Memartabatkan produk khazanah alam.
- Memperjuangkan ekonomi masyarakat.
Mengapa Jadikan GESB Pilihan Anda?
Sejak kebelakangan ini, masyarakat Malaysia semakin mendekatkan diri untuk mengamalkan perubatan tradisional yang dimodenkan. Kefahaman ke arah produk kesihatan yang berasaskan bahan semulajadi ini semakin popular memandangkan ia dapat mengelakkan pendedahan bahan-bahan kimia yang mungkin memudaratkan kepada sistem tubuh manusia.
Berdasarkan ini, GESB memberikan penekanan terhadap penghasilan dan pemasaran produk kesihatan dan penjagaan badan yang berkonsepkan tradisional yang diubahsuaikan mengikut citarasa dan formulasi terkini. Gamat antaranya, merupakan produk yang mendapat keyakinan nenek moyang kita sejak turun temurun lagi.
Fokus kami adalah untuk mengkomersialkan produk-produk sedemikian yang diolah semula agar dapat memenuhi citarasa tempatan di samping memperkenalkannya ke pasaran antarabangsa. Produk-produk lain yang berasaskan kesihatan juga mendapat penelitian kami untuk dijalankan penyelidikan sebelum diketengahkan sebagai koleksi penjagaan kesihatan GESB.
Konsep memasarkan produk tradisional berkualiti menekan ke arah pengetahuan dan pemahaman mengenai produk, sokongan teknikal yang berterusan dan mengutamakan kepuasan pengguna merupakan teras di mana kami akan memperkenalkan kepada selera pasaran semasa.
Gandingan pengurusan yang berdedikasi, berpengalaman dan disertakan dengan kakitangan yang profesional GESB berharap akan dapat menonjolkan produk keluaran Malaysia ke peringkat antarabangsa tanpa melupakan kehendak pasaran tempatan.